
BeSS- Pensijilan untuk Premis Makanan Anda
ADAKAH ANDA TAHU TENTANG BESS????
Ianya bukan perkara baru, BeSS telah diwujudkan sejak tahun 2016, yang mempromosikan keselamatan dan kualiti makanan serta komponen pemakanan yang seimbang di premis makanan.
BeSS ialah singkatan untuk bersih, selamat dan sihat. Ianya merupakan pengiktirafan yang diberikan kepada kementerian kesihatan kepada premis makanan bagi mengalakkan pengusaha premis menyediakan makanan yang selamat dan sihat kepada pelanggan.
Pengiktirafan ini hanya diberikan kepada premis yang telah berjaya mematuhi kriteria-kriteria utama iaitu:
– mengekalkan kebersihan premis
– mempromosikan saiz hidangan makanan yang sesuai mengikut keperluan individu
– menyediakan makanan yang selamat
– menyediakan pilihan makanan yang lebih sihat
Untuk info lebih lanjut boleh klik link ini: Pengiktirafan BeSS KKM