gaya

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan Garis Panduan Keselamatan Makanan Bagi Makanan Sediaan di Rumah (Home-Based Food) sebagai panduan kepada semua pengusaha makanan yang menyediakan makanan di rumah untuk tujuan jualan. 

Amalan kebersihan makanan yang baik adalah amat penting untuk diamalkan oleh setiap pengusaha dan pengendali makanan.  Elemen asas kebersihan dan kawalan dalam penyediaan makanan melibatkan fasiliti dan persekitaran, pemilihan bahan mentah, pemprosesan, pembungkusan, pelabelan dan pengedaran makanan perlu dilaksanakan dengan berkesan.

OBJEKTIF

Garis panduan ini dibangunkan bagi mencapai objektif berikut:

a. Memastikan penyediaan makanan sediaan di rumah (home-based food) bagi tujuan jualan memenuhi keperluan amalan kebersihan dan keselamatan makanan.

b. Menjamin makanan sediaan di rumah (home-based food) tidak tercemar dan menyebabkan keracunan makanan kepada pelanggan.

c. Menyediakan satu panduan kebersihan dan keselamatan bagi makanan sediaan di rumah (home-based food) secara selamat.

Cara Nak Mohon? Rujuk video ini:

Logo BeSS

BeSS- Pensijilan untuk Premis Makanan Anda

ADAKAH ANDA TAHU TENTANG BESS????

Ianya bukan perkara baru, BeSS telah diwujudkan sejak tahun 2016, yang mempromosikan keselamatan dan kualiti makanan serta komponen pemakanan yang seimbang di premis makanan.

BeSS ialah singkatan untuk bersih, selamat dan sihat. Ianya merupakan pengiktirafan yang diberikan kepada kementerian kesihatan kepada premis makanan bagi mengalakkan  pengusaha premis menyediakan makanan yang selamat dan sihat kepada pelanggan.

Pengiktirafan ini hanya diberikan kepada premis yang telah berjaya mematuhi kriteria-kriteria utama iaitu:

–      mengekalkan kebersihan premis

–      mempromosikan saiz hidangan makanan yang sesuai mengikut keperluan individu

–      menyediakan makanan yang selamat

–      menyediakan pilihan makanan yang lebih sihat

 Untuk info lebih lanjut boleh klik link ini: Pengiktirafan BeSS KKM

Open chat
Whatsapp Kami Sekarang!